Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia pulih daripada aliran menurun minggu lalu untuk dibuka tinggi pagi ini, dirangsang oleh sentimen pasaran yang positif, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.36 mata kepada 1,530.84 daripada 1,524.48 pada penutupan petang urus niaga Jumaat minggu lalu.

Indeks utama dibuka 4.56 mata lebih kukuh pada 1,529.04.

MISC dan Petronas Chemicals merupakan penyumbang terbesar dengan gabungan indeks 2.48 mata, masing-masing meningkat 17 sen dan lapan sen kepada RM7.00 dan RM8.82.

Sementara itu, pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi dengan 278 berbalas 124 sementara 291 kaunter tidak berubah, 1,552 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 210.51 juta unit bernilai RM120.45 juta.

Seorang peniaga berkata, sentimen di pasaran didorong oleh pengumuman Perdana Menteri mengenai perjalanan rentas negeri yang amat dinanti-nantikan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau yakin kebenaran untuk rentas negeri semakin hampir memandangkan peratusan populasi dewasa yang sudah mendapat vaksin lengkap terus meningkat dan telah mencecah lebih daripada 86 peratus.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.06 dan RM4.05, Tenaga naik lapan sen kepada RM9.68, CIMB menokok tiga sen kepada RM4.73 sementara IHH tidak berubah pada RM6.65.

Bagi saham aktif, Axteria naik tiga sen kepada 27 sen, CTOS susut 10 sen kepada RM1.82, sementara Sapura Energy dan Tanco masing-masing tidak berubah pada 10 sen dan 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 45.52 mata kepada 11,269.71, Indeks FBMT 100 naik 42.64 mata kepada 10,949.88,

Indeks FBM Emas Syariah mengembang 55.38 mata kepada 12,303.45, FBM 70 naik 46.98 mata kepada 14,921.52, dan FBM ACE lebih tinggi 46.2 mata kepada 7,110.62.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.08 mata kepada 204.01, Indeks Perladangan naik 6.93 mata kepada 6,355.01, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.85 mata kepada 15,191.93.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat