Cavani Bakal Perkuat Man United

- Advertisement -

LONDON: Manchester United bakal melengkapkan perpindahan Edinson Cavani ke Old Trafford untuk kontrak selama dua tahun.

Penyerang Uruguay berusia 33 tahun dijangka mampu memberi impak kepada United seperti dilakukan Zlatan Ibrahimovic sebelum ini.

Cavani dilepaskan oleh Paris Saint-Germain pada Jun dan dijangka tiba di Manchester hari ini untuk menandatangani kontrak bernilai 200,000 pound (RM1.08 juta) seminggu.

Kini Cavani hanya perlu melepasi pemeriksaan kesihatan bagi memastikan perpindahan ke Old Trafford disempurnakan.

Cavani menyertai PSG dari Napoli tujuh tahun lalu dan 200 gol diledaknya menjadikan dia penjaring terbanyak kelab Perancis itu.

Atletico Madrid, Benfica dan Inter Miami turut berminat mendapatkan khidmat Cavani tetapi tidak mampu membayar gaji ditetapkan pemain itu.

Walaupun United perlu membayar harga tinggi untuk pemain veteran berkenaan, ia jauh lebih rendah berbanding pemain Borussia Dortmund Jadon Sancho yang menjadi sasaran utama Ole Gunnar Solskjaer. – AGENSI/Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat