Kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis telah hilang musnah – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan keputusan kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah cerminan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim sebagai seorang reformis telah hilang musnah.

Anwar adalah seorang Perdana Menteri yang gagal dan beliau gagal mengetuai sebuah kabinet yang tidak kompeten, dakwa Wan Saiful.

“Apa yang lebih penting ialah perkembangan ini adalah cerminan kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Dunia menyaksikan betapa kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis telah hilang musnah.

“Sebab itulah kita mesti menerima hakikat karakter Anwar yang sebenar. Anwar adalah seorang Perdana Menteri yang gagal dan beliau mengetuai sebuah kabinet yang tidak kompeten. Maka itulah dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal di takhta kuasa,” dakwa Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Wan Saiful lagi, kita boleh jangka bahawa selepas ini Anwar akan terus “membersihkan” imej semua yang bersekongkol dengannya dan beliau juga akan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya.

Menurut Wan Saiful lagi, sudah pasti Zahid akan menggunakan segala ruang yang ada untuk melepaskan diri sendiri dan mengalih perhatian kepada musuh-musuh politiknya.

“jangka akan ada pihak membandingkan pelepasan Zahid dengan pengguguran tuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita mesti sedar situasinya amat berbeza.

“Dalam kes Muhyiddin, pasukan pendakwa membantah permohonan untuk menggugurkan pertuduhan malahan sekarang sedang merayu keputusan mahkamah itu.

“Tetapi dalam kes Zahid, pihak pendakwa memohon Zahid dilepaskan walaupun sebelum ini mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid,” ujarnya.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata, kita hormati keputusan mahkamah dan biarlah prosesnya berjalan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat