HONOR Tayang Telefon Pintar Masa Depan di IFA 2023

- Advertisement -

Pertama Kali Hadir dengan Tarikan Konsep Baharu‘Telefon jadi Beg Tangan’HONOR V Purse, Tampilkan HONOR Magic V2 dan Pelancaran Warna Baharu HONOR 90

KUALA LUMPUR, 4 September 2023 – Jenama teknologi global HONOR hari ini mendedahkan visi strategiknya untuk telefon pintar masa depan di IFA 2023. Ketika sesi ucaptama bertajuk “Unfold Tomorrow”, CEO HONOR George Zhao menekankan komitmen jenama itu untuk menjadikan telefon pintar lipat satu kebiasaan ramai, dengan inovasi berpaksikan manusia termasuk mencipta yang paling ringan dan paling nipis pada telefon pintar lipat HONOR, iaitu Magic V2. Jenama itu turut mendedahkan HONOR V Purse, satu konsep baharu yang memberi nafas baharu kepada telefon pintar lipat sebagai sesuatu yang boleh dipakai, beg tangan gaya moden, menawarkan kebebasan gaya dan ekspresi diri tanpa batas.

“Telefon pintar lipat HONOR telah menempuh jalan yang jauh, dan setiap kali prosesnya menunjukkan kejayaan cemerlang dari segi rekaan, fungsi dan ketahanan, ” kata CEO HONOR George Zhao. “Bukan itu sahaja, konsep telefon bertukar beg tangan kami direalisasikan melalui HONOR V Purse, kami meneroka penyelesaian mampan yang mempengaruhi kemunculan teknologi boleh lipat kepada memperkasa kreativiti dan membentuk gaya hidup masa depan.”

Melangkah Lebih Jauh dengan Teknologi Gaya Moden

HONOR mendukung peranannya dalam membentuk gaya hidup masa depan dengan memperkenalkan HONOR V Purse, satu konsep “telefon jadi beg tangan” yang menandakan permulaan baru kepada sebuah peranti elektronik dikategorikan sebagai barangan fesyen pengguna dan menawarkan kebebasan penampilan diri.

HONOR V Purse sama sekali mengubah telefon pintar boleh lipat kepada gaya fesyen digital, terima kasih kepada ciri-ciri Always-On-Display (AOD) yang boleh diubah suai seakan rekaan beg tangan, termasuk gaya rantai, alunan bulu dan rambu yang bergerak sama setiap kali telefon pintar diangkat. Konsep ini juga dipadankan dengan pilihan tali pengikat dan rantai yang dipasang pada engsel telefon pintar untuk disandang pada bahu, menjadikannya kelihatan seperti menggayakan beng tangan gaya moden.

Direka dengan mampan, HONOR V Purse melambangkan komitmen HONOR terhadap alam sekitar. Dengan menampilkan bahan berasaskan alam sekitar seperti kulit vegan pada tali pengikat, konsep AOD yang diubah suai tanpa batas boleh disesuaikan dengan apa jua busana. Memandangkn industri fesyen kini semakin terarah kepada dunia digital, teknologi membolehkan kebebasan gaya dan ekspresi diri ditonjolkan tanpa sempadan. Secara tidak langsung, teknologi baharu HONOR V Purse dapat membantu menggalakkan pengguna melestarikan alam sekitar dengan mengelakkan pembaziran ketika mengejar arus fesyen moden dan menggunakannya untuk jangka masa lama.

Seiring dengan kesungguhan jenama ini, HONOR bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri fesyen yang terlibat dalam pentas HONOR Talents Global Design Award, termasuklah pengarah kreatif pakaian lelaki BURBERRY Bram Van Diepen, artis kontemporari Yunuene Esparza, profesor di Akademi Seni China Yuan Youmin dan peragawan Xiao Hui Wang, yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan AOD pada peranti. Pada fasa program selanjutnya, dengan membuka permukaan API yang membolehkan pencipta mereka bentuk pengesan seperti  giroskop, sentuhan atau pengesan cahaya keliling, HONOR akan menjemput bakat baru dari seluruh dunia untuk mengetengahkan ilham masing-masing, sekaligus menunjukkan trend rekaan terkini yang penuh dengan inspirasi, untuk mengubah gaya hidup.

HONOR Magic V2 Buat Pertama Kali Dipamerkan Kepada Dunia

Semasa IFA 2023, HONOR turut mempamerkan telefon pintar lipat flagship baharu, HONOR Magic V2 buat pertama kali di acara global, selaras dengan

matlamat HONOR untuk telefon pintar lipat iaitu memberi nafas baru dalam industri dengan pembaharuan yang memberangsangkan daripada pelbagai aspek termasuk ciri-ciri, bateri, paparan dan pengalaman pengguna.

HONOR Magic V2 merupakan telefon pintar lipat yang paling ringan dan paling nipis pernah dikeluarkan HONOR sehingga hari ini, dengan hanya seberat 231g[1] dan setebal 9.9mm[2] apabila dilipat. Ia menampilkan generasi baharu Dua Bateri Silikon-Karbon dengan kadar ketebalan 2.72mm, dan kapasiti sehingga 5,000mAh.

HONOR Magic V2 turut dilengkapi dengan Engsel Titanium Super Ringan dan besi baharu khas HONOR, menambahkan lagi keteguhan dan kestabilan mekanisme engsel. HONOR Magic V2 juga memperoleh sijil pengiktirafan ketahanan daripada SGS apabila mampu menahan lebih 400,000 kali lipatan, bersamaan jangka hayat sehingga 10 tahun dengan purata 100 kali lipatan sehari.

HONOR Magic V2 memiliki tiga kamera belakang termasuk Kamera Utama 50MP (f/1.9), Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0), dan Kamera Telefoto 20MP (f/2.4). Bahagian depan pula mempunyai dua Kamera 16MP (f/2.2).

HONOR Magic V2 turut menyokong teknologi Pemalapan PWM 3840Hz pertama dalam industri yang mampu mengurangkan keletihan mata, memastikan pemandangan yang selesa walau digunakan dalam jangka masa lama.

Tidak hanya mementingkan fotografi, HONOR Magic V2 juga mengutamakan pengalaman interaktif seperti mesyuarat dan hiburan. Buat pertama kali, HONOR Magic V2 menyokong Parallel Space yang bukan sahaja membolehkan tugas-tugas kerja dan kehidupan disimpan secara berasingan, malah boleh bebas beroperasi dengan serentak, seperti memakai dua telefon pintar dalam satu masa.

Warna Baharu HONOR 90 untuk Pemenang EISA Award

HONOR turut mengumumkan bahawa HONOR 90 berjaya memenangi Pembelian Terbaik Telefon Pintar 2023 daripada Expert Imaging and Sound Association (EISA). Meraikan kejayaan ini, HONOR melancarkan warna baharu HONOR 90, iaitu Peacock Blue secara global.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat