Pekerja Asing Akan Diganti Pekerja Tempatan Melalui Program Academy In Industry – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Program Academy in Industry (AiI) akan membolehkan majikan mula menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dengan AiI ia akan buka tawaran kepada industri untuk mengambil pekerja terus, melatih mengikut silibus mengikut keperluan operasi mereka.

“Syarikat-syarikat yang terlibat bersama AiI akan ditauliahkan untuk memberi pensijilan yang diiktiraf kepada anak-anak muda yang sertai AiI.

“AiI membuka peluang kepada syarikat-syarikat di Malaysia untuk mengupah rakyat tempatan, kerana kadar upah itu kini telah sama dengan warga asing mengikut dasar gaji minima,” kata Rafizi pada Jumaat.

Jelas beliau, majikan juga diberikan insentif latihan bagi pelatih yang disijilkan di akhir tempoh 9 hingga 18 bulan

“Saya mengajak semua anak muda, ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke http://aii.mpc.gov.my/,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi memberitahu AiI mengambil program sedia ada di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk diskalakan di peringkat industri.

“Program sedia ada di JPK ialah berasaskan apprentice maksudnya dia apprentice kemudian dilatih, ada insentif
kita gunakan kekuatan yang ada di JPK itu dan juga hubungan industri yang ada melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC) dan keperluan dasar untuk menambah baik pasaran buruh kita.

“Dasar itu dikoordinasikan di peringkat Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Ekonomi, maka kita membuat tawaran terbuka kepada industri bahawa industri sekarang boleh mengambil pekerja terus, melatih mereka mengikut kesesuaian silibus dan juga keperluan teknikal untuk operasi mereka tetapi pada masa yang sama sekiranya mereka memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh JPK, maka mereka dilesenkan untuk memberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas memenuhi tempoh latihan dan kemahiran tertentu.

“Ini bermakna daripada kapasiti Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada kita akan dapat melipat kali gandakan kapasiti latihan TVET dalam negara kita dan pada masa yang sama industri juga akan dapat mula menggantikan pekerja-pekerja asing dengan pekerja-pekerja tempatan,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat