Tun M tubuhkan GTA perjuang nasib Melayu tentang UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA) yang diasaskan oleh orang Melayu untuk mengurusi masa depan orang Melayu.

Katanya, ia bukan bertujuan mengamalkan perjuangan bermotif perkauman sebaliknya, satu gerakan Melayu untuk menentang UMNO dalam pilihan raya akan datang.

“Kita (Gerakan Tanah Air) ditubuhkan oleh orang Melayu dan Bumiputera, kita berjuang untuk rakyat seluruh negara, untuk tanah air.

“Walaupun dipimpin oleh orang Melayu GTA bukan sebuah gerakan perkauman tapi dengan hasrat melawan UMNO yang menyeleweng. Tentunya pimpinan GTA ini bebas rasuah dan bebas jenayah,” kata Dr Mahathir dalam sidang media di Putrajaya pada Khamis.

Bekas Perdana Menteri itu juga memaklumkan, GTA akan merebut 120 kawasan pada PRU-15 akan datang dan fokus kerusi tertumpu kepada kawasan majoriti Melayu.

“GTA akan turun bertemu masyarakat untuk menyampaikan pesan bahawa nasib bangsa Melayu ditentukan oleh mereka sendiri. Orang Melayu perlu memilih sama ada untuk kekal terpinggir dan terkebelakang dipimpin oleh pemimpin Melayu yang rasuah, tiada integriti, bermasalah moral atau memilih pemimpin Melayu baru yang benar-benar bersih, cekap, amanah.

“Pemimpin ini haruslah dikalangan mereka telah terbukti berjaya atau mempunyai kemampuan memimpin negara bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan menjadi contoh kepada negara lain,” ujarnya.

Pun begitu, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menegaskan, GTA tidak memusuhi bangsa-bangsa lain di Malaysia namun yakin dengan mengekalkan pemimpin Melayu yang bermasalah, masa depan rakyat berbilang kaum juga akan terus terjejas dari pelbagai sudut sama ada perpaduan, integriti, pendidikan anak-anak, kebajikan terutamanya ekonomi.

Hal demikian menurut beliau, GTA menyeru pelbagai kumpulan masyarakat untuk bersama-sama gerakan politik baharu ini demi menjamin masa depan yang lebih untuk orang Melayu dan negara secara seluruhnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir menyatakan GTA belum menamakan calon Perdana Menteri apatah lagi ‘poster boy’.

Ditanya adakah beliau akan menjadi ‘poster boy’, Dr Mahathir secara berseloroh mengatakan beliau sudah 97 tahun, malah tak boleh bercakap dengan baik lagi.

Justeru, beliau berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) turut bertimbang rasa seperti juga terhadap UMNO yang dibenarkan menangguhkan pemilihan.

“Saya harap RoS murah hati dan bertimbang rasa kepada nama kita, Gerakan Tanah Air dan Perlembagaan kita dengan secepat mungkin. Kalau RoS tak setuju mungkin terpaksa tukar nama lain,” ujarnya.

Senarai Jawatankuasa Penaja GTA adalah seperti berikut:

Pengerusi: Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Timbalan-Timbalan Pengerusi:

i. Ustaz Zamani Ibrahim – Presiden, BERJASA
ii. Datuk Paduka Ibrahim Ali – Presiden, PUTRA
iii. Datuk Seri Mukhriz Mahathir – Presiden, PEJUANG
iv. Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak – Presiden, IMAN
v. Tokoh Masyarakat (akan dinamakan kemudian)
Naib-Naib Pengerusi : (akan dinamakan kemudian)

Ketua Setiausaha : Datuk Marzuki Yahya
Bendahari : Akan dinamakan kemudian
Ketua Penerangan : Akan dinamakan kemudian

Ahli-Ahli Jawatankuasa:
1. Datuk Mohd Rosli Ramli – BERJASA
2. Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus – PUTRA
3. Datuk Mohamed Ismail Ibrahim – IMAN
4. Datuk Amirudin Hamzah – PEJUANG
5. Borhan Ahmad Zakaria – PUTRA
6. Dr Amir Hamzah – IMAN
7. Azriq Rosman – BERJASA
8. Prof Dr Murad Merican – Sarjana
9. Ahmad Zakie Ahmad Shariff – Profesional Kewangan
10. Syed Hassan Syed Ali – Tokoh NGO
11. Dr Nazmi Desa – Agamawan
12. EKhaidir Ahmad – Aktivis Alam Sekitar & Rakyat Marhaen
13. Dr Farhan Rusli – Sarjana & Profesional
14. Datuk Dr Abdul Halim Hj Sher – Doktor Perubatan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat