Bantah Kadar Upah Dikurangkan, Penghantar Makanan Lancar Boikot Esok

- Advertisement -

SHAH ALAM – Gerakan solidariti penghantar makanan akan melakukan boikot selama sehari esok susulan kadar upah mereka dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Boikot berkenaan dimaklumkan menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun twitter #PartTimeKL pada Khamis sebagai tanda solidariti kepada penghantar makanan.

Posting berkenaan menjelaskan penghantar makanan tidak akan beroperasi selama sehari esok (Jumaat).

“Solidariti untuk rakan-rakan rider frontliner @GrabMY & @foodpanda_my yang akan mogok satu hari esok. Yang mana tak dapat avoid, expect order delay/cancelled,” katanya.

Difahamkan tindakan itu diambil berikutan harga makanan yang dihantar naik tetapi kadar upah penghantaran dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

“Dah la makanan anda semakin mahal, fare kami pula makin sedikit,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat