Bekas Presiden MTUC, Zainal Rampak meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak, meninggal dunia pagi ini.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, berkata pemergian Allahyarham Zainal dirasai kerana beliau adalah pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.

Katanya, Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau.

Beliau berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari tahun 1986 hingga 2004, memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar.

“Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari tahun 2000 hingga 2004,” katanya dalam kenyataan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat