KIS 2023: Perkukuh Penyelesaian Inovatif Masa Depan Lebih Baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR– Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) komited dalam berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan mandat yang telah diberikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai agensi pelaksana Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, di bawah Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia (MyIS), YIM giat melaksanakan pelbagai program seperti MyIS Komuniti, MyIS Akar Umbi (MAGRIS) dan Social Technopreneurs Enrichment Program (STEP) dalam usaha membantu masyarakat meningkatkan kesejahteraan hidup melalui aplikasi teknologi dan inovasi tempatan yang sedia untuk dilaksanakan secara mampan.

Beliau berkata sejak tahun 2015 sehingga kini, YIM telah merekodkan lebih 6,000 orang inovator tempatan yang berdaftar di InnoMap yang terdiri daripada badan akademik, industri dan masyarakat terutama di kalangan akar umbi dan golongan B40.

“Sejak tahun 2015 sehingga kini, inisiatif MyIS telah berjaya membangunkan sebanyak 261 projek aplikasi teknologi tempatan yang inovatif di seluruh negara dengan jumlah dana sebanyak RM60.6 juta yang memberikan manfaat kepada 100 ribu penerima merangkumi peningkatan produktiviti & pendapatan di samping mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta memulihara alam sekitar.

“Sehubungan itu, MOSTI telah memperuntukan sebanyak RM5.4 juta bagi tahun 2023 untuk mempergiatkan lagi inisiatif MyIS,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 Julai 2023 bertempat di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Arthur juga memaklumkan, kerajaan mensasarkan 5,000 sukarelawan akan dikenal pasti, 5,000 projek inovasi sosial akan dibangunkan dan 500 projek inovasi bakal direplikasi dan dikomersialkan menjelang tahun 2030.

Untuk rekod, KIS 2023 menjadi platform yang menghubungkan para inovator sosial untuk berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman yang dapat mendorong transformasi sosial secara berterusan.

Konvensyen ini juga merupakan antara medium penting dalam usaha mempromosikan Inisiatif Inovasi Sosial sebagai salah satu aspek pembangunan STIE yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara; mewujudkan bakat inovator sosial yang adaptif dalam pelbagai bidang sains dan teknologi bagi memacu ekonomi negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat