Jumpa Hamzah Bukan Bermakna Saya Sertai PN – Sivarrajh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Senator Datuk C Sivarrajh menegaskan pertemuannya dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukanlah beerti beliau telah menyertai parti Bersatu seperti didakwa.

Sivarrajh yang juga bekas Naib Presiden MIC juga memberitahu, penyertaan beliau dalam mana-mana parti akan datang adalah bersandarkan kepada pilihannya sendiri berdasarkan prinsip dan nilai kepercayaan politik yang dipegangnya.

“Berjumpa bukan bermakna masuk parti berkenaan. Perjumpaan dengan kawan-kawan politik adalah lumrah.

“Saya berjumpa dengan semua pemimpin parti sebagai Senator.

“Nak masuk parti mana adalah pilihan saya sendiri berdasarkan prinsip dan nilai kepercayaan politik saya,” tegas beliau di Facebook pada Selasa.

Susulan itu, Sivarrajh mengingatkan agar spekulasi berkenaan penyertaannya ke mana-mana parti baharu.

“Jangan speculate pasal saya tapi cuba kuatkan institusi anda,” ujar beliau.

Sebelum ini wujud desas-desus yang mendakwa Sivarrajh akan menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat ini.

Pada 27 Jun lalu, beliau mengumumkan keluar MIC kerana mendakwa tidak mampu lagi bertahan dengan pelbagai sekatan yang dilakukan MIC terhadapnya.

Beliau berkata, keputusan diambil memandangkan ada pihak yang menganggap dirinya sebagai ancaman kepada parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat