MB Pahang yakin pengalaman Shabery mampu jayakan transformasi Felda

- Advertisement -

KUANTAN – Menteri Besar Pahang berharap Pengerusi Felda yang baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dapat memanfaatkan segala pengalaman yang beliau miliki untuk meneruskan kesinambungan usaha transformasi Felda demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu Felda keseluruhannya.

Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang sebagai sebuah negeri yang mempunyai tanah rancangan Felda yang paling luas di negara ini, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pengurusan Felda bagi memastikan kebajikan dan kemajuan peneroka serta anak-anak Felda akan terus terbela demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

“Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baharu berkuatkuasa pada 1 Julai 2023.

“Saya amat yakin dengan segala pengalaman yang beliau miliki, beliau mampu untuk meneruskan kesinambungan usaha transformasi Felda demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu Felda keseluruhannya,” katanya di Facebook, semalam.

Hantaran Wan Rosdy itu mendapat komen balas daripada Ahmad Shabery.

“Terima kasih YAB Dato Seri. Insyaallah kita saling membantu antara satu sama lain,” kata Pengerusi Felda itu.

Dalam pada itu, Wan Rosdy juga turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun sebagai Pengerusi Felda pada 30 Jun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat