Perangi kartel bukan peniaga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Fokus kerajaan melalui Jawatankuasa Jihad Inflasi mesti tertumpu juga kepada kartel-kartel yang mengeksploitasi dan memanipulasi harga dan bekalan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebaliknya bukannya menghukum peniaga di hujung rantaian yang turut menjadi mangsa akibat kenaikan harga.

“Masa harga siling ayam kerajaan tetapkan pada RM8.90, tiba-tiba bekalan tiada.

“Apabila harga siling dinaikkan kepada RM9.40, tiba-tiba berlaku lambakan ayam sehingga ada tak habis terjual,” ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.

Tegas beliau, ini antara isyarat jelas bahawa inflasi hari ini bukan sangat kerana permintaan luar biasa melebihi daripada penawaran (demand tinggi); sebaliknya berlaku masalah di peringkat penawaran dan bekalan.

Tambah Asyraf, begitu juga juga isu minyak masak paket bersubsidi yang sukar untuk didapati di pasaran berbanding minyak masak botol yang sudah ditarik subsidinya.

“Apakah wujud sorokan bekalan atau kawtim di belakang dengan pihak-pihak tertentu untuk meraih keuntungan di atas subsidi rakyat.

“Jangan kerana tersilap percaturan dan strategi jihad, rakyat yang susah menjadi mangsa,” katanya memberi ingatan.

Semalam media melaporkan, peternak menafikan mereka menyimpan stok ayam sehingga harga siling baharu dikuatkuasakan Jumaat lalu, bagi meraih keuntungan lebih tinggi.

Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Lau Ka Leng, sebaliknya menjelaskan, saiz ayam segar di pasaran yang besar sehingga lebih dua kilogram (kg) ketika ini, adalah berikutan ternakan ayam di ladang melepasi tempoh matang kerana permintaan semakin berkurangan.

Katanya, dakwaan bahawa penternak menyimpan stok ayam adalah tidak benar, berikutan mereka akan merekodkan kerugian lebih tinggi jika menyimpan ayam sehingga melepasi tempoh matang terlalu lama kerana kos operasi akan bertambah sekali ganda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat