- Advertisement -
England: Usia kucing ini setaraf dengan 150 tahun umur manusia. Pemiliknya mendapat kucing ini sebagai hadiah harijadi ketika berusia 20 tahun.
Pemiliknya yang melayan kucing ini seperti anaknya sendiri kerana dia tidak pernah mempunyai anak, menganggap usia panjang kucing tersebut kerana ia sering dimanjakan seperti manusia.
Michelle Heritage berkata: “Dia akan berusia 32 tahun pada bulan Mei jadi itu adalah pencapaian yang sangat baik”.
Rubble mengalahkan rekod Scooter, dari jenis Siamese Texas, yang dinobatkan sebagai kucing paling tua pada usia 30 tahun oleh Guinness Book of World sebelum dia mati pada tahun 2016.
– SuaraTV
-- Iklan --
-- Iklan --