Kes Zahid: Bayar Gangster & Selesai Masalah, Dua Benda Berbeza

- Advertisement -

Apabila membaca tajuk dan laporan Malaysiakini berkenaan kenyataan Paul Latimer dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan mudah kita akan faham maksud yang disampaikan oleh media mesra DAP itu berbeza dengan maksud sebenar kenyataan Paul.

Menurut laporan Malaysiakini, kenyataan Paul Latimer mengatakan bahawa cek syarikat berjumlah RM447,773.42 kepada akaun pemegang amanah firma guaman Lewis & Co, digunakan untuk membayar gangster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor.

Walau bagaimanapun, Paul Latimer tidak menyatakan nama penuh gangster tersebut yang sepatutnya dimasukkan dalam ruangan nama penerima pada cek berkenaan.

Jadi, adakah cek tersebut dikeluarkan khusus untuk membayar gangster atau sebaliknya?

Datuk Paul Latimer, yang merupakan saksi kedua memberi keterangan semalam berkata, perkenalannya dengan Omar Ali bermula pada tahun 2015 di sekitar Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Menurut Paul cek di atas nama Lewis & Co berjumlah RM447,773.42 bertarikh 29 Mac 2016 milik syarikat Cergas Murni Sdn Bhd dikeluarkan bagi tujuan pembayaran penyelesaian masalah semasa Projek membina Jambatan ke-3 Klang, Selangor dijalankan pada tahun 2014.

Ketika diminta menjelaskan berkenaan maksud ‘penyelesaian masalah’ tersebut, Paul berkata ianya berkaitan dengan aktiviti gangsterisme yang menuntut wang perlindungan di kawasan tersebut – yang juga sedikit sebanyak mengganggu perjalanan projek jambatan berkenaan.

Namun, Paul tidak menyatakan bahaa keseluruhan jumlah cek tersebut diberikan kepada gangster.

Sebaliknya, Paul menyatakan aktiviti gangsterisme di kawasan pembinaan Kawasan tersebut hanya sebahagian daripada keseluruhan masalah yang perlu diselesaikan berkenaan projek berkenaan.

Ditanya sama ada dia tahu dari mana wang itu diperolehi, Paul berkata dia tidak tahu. Katanya, apa yang penting baginya ialah wang.

Dia berkata keputusan meminjam dari Omar Ali diputuskan oleh Mohd Shariff.

Paul juga menyatakan dia tidak pernah berurusan dengan Lewis and Co dan hanya mengenali Zahid melalui surat khabar dan TV. Dia juga mengakui tidak pernah berurusan dengan Zahid.

Jadi, wang berjumlah RM447K melalui cek itu bukanlah digunakan untuk membayar gangster semata-mata.

Sebaliknya, cek tersebut adalah untuk ditukarkan kepada tunai bagi menyelesaikan masalah projek pembinaan jambatan di Klang, termasuklah membabitkan masalah gangsterisme yang turut membantutkan perjalanan projek pembinaan itu.

author avatar
HAIZAL YATIRAN
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat