Melampau tuduh kami guna duit rakyat- pemimpin Umno ikut Zahid ke UK

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin Umno tampil menyanggah tuduhan liar kononnya rombongan yang menyertai kunjungan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke United Kingdom (UK) membelanjakan wang rakyat.

Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menegaskan, mereka ke UK dengan tujuan bertemu anak-anak muda yang mahu mengaktifkan semula Kelab Umno UK atas perbelanjaan mereka sendiri.

“Posting saya semalam gambar bersama Datuk Seri Zahid Hamidi telah digunakan oleh portal tanpa kebenaran dan telah mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.

“Saya dan juga pemimpin Umno yang lain yang turut hadir tidak menggunakan sebarang kemudahan kementerian mahupun ditanggung oleh kerajaan.

“Tuduhan menggunakan duit rakyat dan sebagainya adalah melampau. Kami hadir bertemu anak-anak muda yang mahu mengaktifkan semula Kelab Umno UK atas perbelanjaan kami sendiri,” jelas Shahaniza.

Sebelum itu, sebuah portal melaporkan ramai pemimpin Umno dilihat mengiringi Zahid dalam lawatan kerja selama 4 hari ke UK yang bermula pada 1 Jun.

Berdasarkan foto yang dimuat naik di media sosial, dianganggarkan sekurang-kurangnya 12 pemimpin Umno kini berada di London.

Tiga daripada mereka ialah pegawai Zahid termasuk Megat yang juga Pengerusi Umno Selangor dan Razlan Rafii (Ketua bahagian Umno Seputeh), serta setiausaha akhbar Fadzmel Fadzil (Exco Pemuda Umno).

Seorang lagi yang menyertai rombongan itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki atas kapasitinyasebagai Pengerusi Mara jawatan yang berkait rapat dengan portfolio Zahid dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Lapan lagi pemimpin Umno yang dikenal pasti tidak mempunyai kaitan langsung dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri atau kementeriannya.

Lawatan kerja selama 4 hari itu bertujuan memperkukuh hubungan Malaysia-UK, dengan tumpuan kepada latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), pelancongan serta pelaburan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat