Shahruddin Letak Jawatan Timbalan Menteri, Kekal Sokong PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Shahruddin Salleh mengumumkan peletakan jawatan daripada Kabinet Perikatan Nasional yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman peletakan jawatan itu dibuat menerusi satu kenyataan di sini melalui surat rasmi kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini.”

Walau bagaimanapun, beliau masih kekal duduk dalam kelompok kerajaan Perikatan Nasional.

 

Kelmarin Shahruddin dalam kenyataannya memberitahu, beliau bersedia meletakkan jawatan Timbalan Menteri demi memperkukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau merujuk kepada pentingnya ahli-ahli parti bersatu walaupun dalam kemelut kepimpinan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin yang berlaku sekarang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat