Hilang Kepercayaan Kepada Anwar, Ahli Majlis Selayang Umum Keluar PKR

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...

Pemberian vaksin pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM bermula hari Selasa

CYBERJAYA: Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara,...

Macau Scam: Addy Kanna, Alvin Goh ditahan dua tahun

KUALA LUMPUR - Suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong...

KUALA LUMPUR – Ahli PKR Cabang Selayang, JC Jess Choy Pooi Yee umum keluar parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa serta merta selepas kecewa dengan partinya yang didakwa memeningkan ahli dan kepimpinan.

Beliau turut mengumumkan peletakan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Selayang.

“Melihat kepada perkembangan politik yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat sememangnya memeningkan ahli dan juga pimpinan yang mana saya turut terkesan dengan penyebaran senarai nama Ahli Parti Keadilan Rakyat yang digantung, setelah diteliti nama saya turut tersenarai.

“Saya telah hilang kepercayaan kepada Presiden dan Pimpinan Parti selepas daripada pemilihan parti yang caca merba serta memalukan dan sudah sampai masanya keputusan perlu di buat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Choy Pooi, sejak mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MPS dua tahun lalu, dia sering diserang oleh ahli dan pemimpin PKR cabang Selayang.

Malah katanya, beliau turut dicaci, dihamun dan difitnah bagi menjatuhkan maruahnya sehingga pada satu masa terpaksa membuat laporan polis terhadap pemimpin berkenaan.

Tambah Choy Pooi, beliau menyertai PKR atas dasar perjuangan ikhlas parti itu dan pergaduhan antara dua kem tercetus pada setiap pemilihan parti dan kini ia semakin parah.

“Saya mula sedar tindakan saya memilih pemimpin yang bekerja dan berkhidmat untuk rakyat dalam parti menyebabkan dicaci oleh kerana tidak memenuhi kehendak mereka yang lain di dalam PKR.

“Menyedari perjuangan sebenar parti dan pemimpin lari dari landasan asal, saya cuba meneruskan perjuangan dengan mengharungi masalah dengan terus menyertai Penggerak Komuniti Negara yang ditubuhkan tiga bulan lalu oleh Menteri Zuraida Kamaruddin bertujuan menyalurkan bantuan barang keperluan kepada fakir miskin dan memerlukan tanpa sebarang bayaran gaji atas dasar khidmat kemasyarakatan.

“Saya komited dan menerima bantuan-bantuan berupa barang dari NGO dan membantu golongan miskin semasa Covid-19 namun itupun dicaci dan difitnah juga.

“Apa yang mengejutkan, saya tersenarai dalam nama-nama ahli yang dipecat selepas pertemuan tertutup ahli dengan Menteri Besar Selangor baru-baru ini memberi peluang merayu kepada mereka yang tersenarai namun saya tercicir dari senarai peluang merayu,” ujar beliau.

Katanya, berikutan itu beliau mengambil keputusan mengundur diri secara bermaruah.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...