Menteri Arah DBKL Pantau Pasar Borong Selayang

Kuala Lumpur – Peniaga dan pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur masih gagal mematuhi amalan pencegahan Covid-19, tegas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Selepas membuat lawatan mengejut ke pasar berkenaan hari ini beliau ternyata tidak berpuas hati dengan tahap pematuhan pencegahan wabak yang diamalkan oleh pekerja pasar dan peniaga.

Hasil pemerhatian beliau yang berada di kawasan tersebut, rata-rata tidak memakai topeng muka yang sesuai, pekerja masih gagal melakukan penjarakan sosial selain jumlah lori yang masuk ke pasar tidak dikawal mengakibatkan aktiviti pemunggahan begitu sesak.

Malah ujarnya waktu tamat operasi perniagaan juga tidak dipatuhi.

“Saya mahukan supaya pematuhan diperbaiki, mask sesuai dipakai, lori yang masuk mestilah berjadual lori hendaklah diletakkan jauh antara satu sama lain, tidak terlalu berasak-asak supaya yang membawa kereta sorong, memunggah barang tidak bergesel antara satu sama lain.

“Kalau perlu ada giliran gunakan giliran, harus ada jarak sosial fizikal di antara lori dan juga pekerja , serta menggunakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang sesuai,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri berkata demikian ketika siaran langsung di Facebook

Oleh kerana kawasan tersebut mempunyai rekod positif Covid-19, maka pematuhan perlu dipertingkatkan dan beliau berpandangan pihak yang berkenaan perlu menyediakan booth diinfeski bagi sesiapa yang keluar dan masuk di pasar itu.

Justeru, Annuar telah memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertingkatkan pemantauan di pasar tersebut.

“Di pasar borong itu sahaja sudah ada lapan kes positif Covid-19 dengan pertambahan dua kes semalam, atas sebab itu kita mahu mereka mematuhi arahan yang dikeluarkan,” ujarnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada 5 April 2020 juga katanya sekali lagi akan membuat pemeriksaan di pasar borong yang terletak di Selayang itu esok bagi saringan Covid-19.

Untuk rekod, tinjauan MalaysiaGazette pada 20 Mac yang lalu mendapati rata-rata warga asing di situ bergerak bebas meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kemudian 23 Mac yang lalu, satu operasi besar-besaran juga telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semasa operasi itu hampir 500 pekerja asing di pasar borong itu menjalani saringan Covid-19.

Topik Hangat

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Berita Berkaitan

PAS Perlu Ajak PAN Bekerjasama Hadapi PRU15 : Nazir Hussin

SABAK BERNAM - Pemuda UMNO secara sinis meminta PAS mengajak Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Pemuda...

MB Pahang Terima Suntikan Pertama Vaksin

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Utama Wan Rosdy Wan Ismail menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Dewan Jubli Perak Sultan Haji...

Anak Muda Jelebu Bawa Nama Malaysia Ke Mata Dunia

JELEBU – Enam orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA) Kuala Klawang, Jelebu mengharumkan nama negara apabila terpilih mewakili Malaysia...