Seorang daripada 4 anak Allahyarham Tun Daim setuju bantu siasatan Op Godfather

KUALA LUMPUR – Seorang daripada empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin bersetuju untuk membantu siasatan berhubung Op Godfather.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, anak lelaki Allahyarham, Md. Wira Dani, 48, telah menghubungi pihaknya baru-baru ini bagi membantu siasatan kes itu.

“Bagaimanapun, keberadaan tiga lagi anak bekas Menteri Kewangan itu masih belum diketahui.

“Setakat ini hanya seorang daripada anak Allahyarham Tun Daim telah menghubungi kami,” katanya Azam menurut Utusan pada Rabu.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Daim selepas mereka gagal memberi maklum balas terhadap dua notis rasmi.

Azam berkata, SPRM mahu peguam bagi ketiga-tiga individu itu segera menghubungi mereka dan seterusnya hadir ke pejabat SPRM secepat mungkin.

Beliau berkata, ketika ini, siasatan Op Godfather itu turut melibatkan pengesanan harta dan aset di beberapa negara yang dipercayai bernilai berbilion ringgit.

“Kami mempunyai senarai harta-harta di beberapa negara. Saya tidak mahu menyebut negara-negara berkenaan dan juga jumlahnya, tetapi ia berbillion ringgit yang telah kami kesan,” katanya.

Katanya, Bahagian Operasi Khas SPRM kini sedang menjalinkan kerjasama dan perbincangan dengan pihak berkuasa negara-negara terlibat.

Jelasnya, segala tindakan yang diambil perlu mematuhi undang-undang negara terlibat menerusi kerjasama perundangan bersama atau Mutual Legal Assistance (MLA).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat