KinderHub@MCMC Lambang Komitmen Prihatin Kebajikan Warga Kerja

CYBERJAYA,  – Usaha memperkukuh keseimbangan antara kerjaya dan keluarga dalam kalangan penjawat industri komunikasi terus diperkasa apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Tadika KinderHub@MCMC hari ini.

Penubuhan pusat jagaan dan pendidikan awal itu membuktikan komitmen berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memastikan kebajikan warga kerjanya sentiasa diberi perhatian, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

KinderHub@MCMC beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan mampu menempatkan sehingga 153 kanak-kanak dalam satu-satu masa. Kemudahan ini menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif bagi penjagaan serta pendidikan awal anak-anak warga kerja MCMC.

Inisiatif tersebut bukan sahaja membantu ibu bapa mengurus tanggungjawab keluarga dengan lebih teratur, malah diyakini mampu meningkatkan fokus serta produktiviti di tempat kerja melalui sokongan emosi yang lebih stabil.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Salim Fateh Din

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat