“Bapa Perutusan” Akan Bersemuka Dengan Rakyat PRU-15 Nanti, Kata Puad Zarkashi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seboleh-bolehnya mengelak untuk tidak bersemuka dengan kenyataan tidak akan dapat berselindung lagi pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) nanti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi membuat kesimpulan bahawa Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang tidak berani bersemuka.

“Tidak berani bersemuka di Parlimen, maka Parlimen digantung. Tiada soalan lisan. Tiada pencelahan. Tiada perbahasan. Selamat.

“Tidak berani bersemuka dengan pemberita maka tidak ada sidang media. Tiada soalan cupu emas dan panas. Selamat juga,” sindir Puad.

Beliau juga mengkritik tindak-tanduk Muhyiddin yang menggantikan semua kenyataan dengan perutusan khas.

“Semuanya diganti dengan perutusan khas. Sejak jadi Perdana Menteri sudah 38 kali perutusan khas. Januari ini sahaja sudah dua kali. Sudah jadi “one way communication”. Tiada ketelusan.

“Tetapi Perdana Menteri lupa, dia terpaksa bersemuka dengan rakyat di “media sosial” setiap saat, setiap minit, setiap jam dan setiap hari.

“Semoga dia baca komen komen rakyat terhadapnya. Lambat laun dia akan bersemuka dengan rakyat di PRU 15 nanti,” bidas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat