Ahli Parlimen Tak Sokong PM Pun Tak Dapat Peruntukan? – Shamsul Iskandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang ternyata tidak puas hati dengan sikap ‘pilih bulu’ yang diamalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada pengundi di kawasan dikuasai pembangkang.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin menuntut penjelasan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung kegagalan kerajaan PN memberikan peruntukan kepada Ahl Parlimen pembangkang memandangkan sudah memasuki bulan Februari 2021.

“Saya minta Menteri Kewangan @tzafrul_aziz jelaskan. Sekarang sudah Februari. Apakah dinafikan terus pada tahun ini peruntukan untuk pengundi di kawasan ahli-ahli Parlimen pembangkang?

“Dan apakah juga dinafikan peruntukan ahli-ahli Parlimen kerajaan yang tidak sokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin? Soal Shamsul Iskandar di Twitternya, hari ini.

Senada dengan beliau, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pula menyangkal kononnya ahli Parlimen pembangkang mendapat peruntukan RM100,000 seperti mana yang diterima ahli Parlimen UMNO.
“Mana ada ahli Parlimen pembangkang dapat RM100,000? Saya Ahli Parlimen Segambut satu sen pun tak dapat tahun ini,” tegas Hannah.

Hal ini timbul apabila Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ahli Parlimen UMNO sekadar menerima RM100,000 peruntukan tahunan daripada PN sedangkan ahli Parlimen kerajaan menerima RM3.7 juta seorang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat