PADU kini agensi kerajaan paling berkuasa, soal keselamatan masih jadi tanya – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dengan data yang dimiliki, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan menjadi agensi kerajaan paling berkuasa.

Pun begitu, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin menzahirkan rasa bimbang akan keselamatan data peribadi rakyat.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan PAS itu juga membangkitkan persoalan sama data PADU akan dikongsi oleh kerajaan kepada sektor swasta?

“Dengan data yang ada, PADU akan menjadi agensi kerajaan paling berkuasa. Justeru, ini adalah persoalan-persoalan yang timbul dan perlu kepada penjelasan.

“Apakah akta yang menyokong PADU? Apakah polisi dan dasar yang menyokong PADU?

“Apakah garis panduan yang menyokong PADU? Adakah PADU boleh dikongsi kepada sektor swasta?

” Apakah kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah single point of failure apabila menggunakan centralised database? soal beliau.

Khairil Nizam juga bertanya apakah teknik-teknik keselamatan siber yang digunakan dalam sistem PADU?

“Apakah bidang kuasa Chief Government Security Officer (CGSO) termaktub dalam PADU?

“Apa pula jaminan kerajaan bahawa data yang diisi oleh rakyat dengan data sedia ada daripada beberapa agensi berkaitan yang lain adalah tepat seperti contoh pendapatan sampingan daripada sumber lain? soalnya.

Kata beliau lagi, apabila pelaksanaan ini dibuat sepenuhnya oleh penjawat awam, seharusnya keselamatan data peribadi perlu menjadi agenda utama oleh Menteri kerana hal ini juga bersangkut tata kelola.

“Jika selesai masalah yang paling utama ini dan persoalan berbangkit yang lain, maka insya-Allah tiada masalah untuk PADU ini diterima dan disambut baik oleh semua,” katanya.

Di samping itu, beliau turut merakam ucapan syabas kepada seluruh pihak penjawat awam dari tiga agensi utama yang terlibat secara langsung dalam membangunkan sistem PADU ini.

“Selepas sehari dilancarkan, pelbagai maklum balas diterima terutama berkenaan kelemahan API (Application Programming Interface) dan kerisauan pada keselamatan siber yang digunakan.

“Kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara termasuk kementerian, badan berkanun Persekutuan dan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat