Malaysia kutuk serangan pengganas di Iran – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutus takziah kepada negara sahabat Republik Islam Iran dan warganya, dan Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan.

“Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat,” tegas beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Anwar menyatakan Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk keras sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.

“Amat menyedihkan tatkala beberapa bom dilaporkan meledak di Wilayah Kerman berdekatan Iran semalam.

“Ia telah meragut hampir seratus nyawa yang tidak berdosa dan telah mencederakan lebih dua ratus yang lain. Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.

“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu,” kata Anwar.

Semalam media melaporkan, sekurang-kurangnya 103 orang awam terbunuh di Iran ketika dua bom berturut-turut meletup mengenai orang ramai yang sedang berhimpun di kawasan terbuka bagi memperingati ulang tahun pembunuhan Jeneral Panglima Qasem Soleimani.

Menurut media tempatan, letupan itu dianggap sebagai ‘serangan pengganas’ yang berlaku pada waktu ketegangan memuncak di Asia Barat, sehari selepas pemimpin nombor dua Hamas, Saleh al-Aruri iaitu sekutu Iran terbunuh dalam serangan dron di pinggir bandar selatan Beirut, Lubnan.

Letupan itu berlaku berhampiran Masjid Saheb al-Zaman di Kerman, kampung halaman selatan Soleimani di mana dia dikebumikan, ketika penyokong berkumpul untuk menandakan ulang tahun keempat pembunuhannya dalam serangan dron AS di luar lapangan terbang Baghdad.

Timbalan Gabenor Kerman, Rahman Jalali berkata, letupan itu adalah angkara ‘serangan pengganas’.

Setakat ini, tiada tuntutan pihak yang bertanggungjawab untuk serangan itu.

“Jumlah orang yang terbunuh meningkat kepada 103 semasa letupan pengganas,” kata agensi berita rasmi IRNA, yang sebelum ini melaporkan hanya 73 kematian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat