Dua laluan utama di Mersing ditutup, dinaiki air sehingga 0.15 meter

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Dua laluan utama di Mersing terputus hubungan sepenuhnya dan ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air sehingga 0.15 meter.

Dua laluan yang ditutup kerana berarus dan merbahaya itu ialah Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Masuk Tenggaroh Timur-Tanjung Leman.

Sementara itu, hanya kenderaan berat dibenarkan melalui Jalan Tenglu Laut di Mersing berikutan ia dinaiki air sehingga 0.2 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang diletakkan di laluan berisiko.

“Tiga laluan di Kota Tinggi juga dinaiki air banjir antara 0.1 hingga 0.3 meter, namun masih boleh dilalui kenderaan.

“Ia membabitkan Jalan Kota Tinggi-Mersing FT003 yang dinaiki 0.1 air bah menjadikan laluan kiri terhalang namun boleh dilalui semua kenderaan dengan berwaspada.

“Jalan Seri Perani, Kota Tinggi pula dinaiki air bah sehingga 0.3 meter dengan laluan dibuka satu lorong.

“Bagaimanapun, Jalan Kimlong, Kota Tinggi yang dinaiki air bah sehingga 0.2 meter adalah berarus deras dengan hanya satu lorong dibuka, manakala motosikal tidak digalakkan melalui jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Hmetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat