“ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL” 17 Februari 2024

- Advertisement -

Ini adalah berita istimewa dan gembira untuk peminat yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah luar biasa di konsert Anuar Zain.

Ya, anda semua dijemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersama Anuar Zain melalui acara ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL.

ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL dibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.

Dan dalam ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL terdapat dua sejarah baharu akan dicipta bersama ‘Lelaki Ini.’

Ia bukan sahaja menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kariernya sejak 40 tahun lalu tetapi ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53-nya bersama anda semua.

Majlis istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang. di JioSpace, Petaling Jaya.

ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL didedikasikan untuk meraikan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar Zain.

“Acara ini juga merupakan tanda terima kasih yang tulus atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kerjayanya dalam industri muzik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng.

Bukan sekadar acara pertemuan biasa’, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL ialah anda akan dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif!

Jangan lepaskan peluang untuk mencipta satu lagi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL.

“Bertemu Anuar Zain, menyambut hari lahirnya, dan menikmati persembahan terbaiknya. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan 2024 anda,” kata Sean Ng lagi.

Kepada peminat yang menghadiri Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang lalu, anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11:59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix.

Sila semak e-mel anda, kerana kami akan mengutamakan penghantaran e-mel kepada mereka yang menghadiri AZ40 untuk membeli tiket utama (priority tickets).

Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024. Jadi, dapatkan tiket utama (priority tickets) anda dengan melayari pautan ini: https://www.jiotix.asia/.

Tiket dijual berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan bilangannya sangat terhad.

Selepas pembelian, e-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan dengan JioTix. Tiket anda akan dihantar melalui e-mel ke akaun anda dua minggu sebelum tarikh acara.

Untuk setiap pembelian tiket VIP 1 (RM688), nikmati hadiah tambahan bernilai RM34 mata JioRewards, untuk sebuah malam yang tidak boleh dilupakan. Beli tiket VIP 2 (RM588), dan terima RM29 dalam mata JioRewards, manakala pembelian tiket Diamond (RM388) membawakan anda mata ganjaran bernilai RM19.

Ganjaran ini akan dipamerkan melalui akaun JioRewards anda selepas pembelian dan boleh diakses dengan butiran log masuk yang sama seperti JioTix (https://reward.jiobuddy.asia/).

Mata terkumpul akan memberikan anda pelbagai peluang di JioSpace – berbelanja di kedai F&B yang menarik sehinggalah ke kedai lifestyle. JioRewards boleh digunakan mulai 8 Januari 2024.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline tiket di 011-11900518.

INFORMASI
“ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL”

TARIKH: 17 FEBRUARI 2024
MASA: 3:00 PETANG
TEMPAT: JIOSPACE, PETALING JAYA

“ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL”
Penganjur: JioBuddy | AZN
Pengurusan Konsert: Altus ProHouse
Rakan produksi: Level Up
Lokasi rasmi: JioSpace
Rakan Kerjasama: Harmon Kardon

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat