‘Saya berkawan dengan awak kerana ketampanan dan wajah comel awak’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Pelakon filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa, 28, mengaku tertarik kepada teman hidupnya, Aliff Awang bukan disebabkan kekayaan dimiliki suaminya itu.

Fatin mendakwa selepas bercerai buat kali kedua kira-kira lima tahun lalu, soal kekayaan jejaka yang mahu menjadi pengganti jatuh nombor dua, biarpun mengaku sudah biasa didekati lelaki berharta.

“Saya berkawan dengan awak (suami) kerana ketampanan dan wajah comel awak.

“Bagi saya, kekayaan jatuh nombor dua, lagipun awak bukanlah lelaki kaya pertama yang mendekati saya,” katanya sebagai balasan kepada pertanyaan diajukan Aliff melalui hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Terdahulu, Aliff atau lebih dikenali sebagai Otai dalam kalangan teman-teman bertanya kepada Fatin mengenai faktor dirinya tertarik memilihnya sebagai suami.

 

Penjelasan Fatin menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya memilih Aliff sebagai suami kerana tertarik dengan kereta mewah dimiliki jejaka itu seperti foto dikongsi Fatin di Instagram (IG). Foto IG Fatin Afeefa
Penjelasan Fatin menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya memilih Aliff sebagai suami kerana tertarik dengan kereta mewah dimiliki jejaka itu seperti foto dikongsi Fatin di Instagram (IG). Foto IG Fatin Afeefa

 

Penjelasan Fatin menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya memilih Aliff sebagai suami kerana tertarik dengan kereta mewah dimiliki jejaka itu.

Aliff dan Fatin bernikah pada 30 Disember lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang dianjurkan di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.

Pernikahan pasangan itu mencuri perhatian apabila jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang menata rias pengantin perempuan pada malam itu, berkongsi foto Fatin dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Bulan lalu, Fatin memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang.

Melalui hantaran IG Story, Fatin berkongsi video yang memaparkan majlis sarung cincin antara dua wanita tanpa menunjukkan wajah, seakan-akan majlis merisik atau bertunang.

Fatin pernah berkahwin dengan pelakon drama bersiri Juvana, Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Namun, mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Arrasophia yang berusia tujuh tahun.

Melalui perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian yang berusia 10 tahun.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat