Polis Tahan Suami Isteri Suspek Kes Letupan Di Pandan Indah

- Advertisement -

SHAH ALAM – Polis menahan pasangan suami isteri dipercayai suspek kes letupan yang mengakibatkan seorang pembantu tukang masak maut di Pandan Indah, Ampang, pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, dua suspek itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dekat sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah kira-kira pukul 7.20 malam semalam.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh melalui risikan, pasukan tersebut menahan pasangan suami isteri warga tempatan itu yang masing-masing berumur 33 dan 30 tahun.

“Pihak polis percaya tangkapan ini boleh membantu polis menjalankan siasatan berhubung kes letupan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya memohon reman daripada Mahkamah Majistret untuk dua suspek itu selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kata Sasikala, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menyebabkan kematian seseorang individu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes ini. Biar polis selesaikan kes ini,” tegasnya.

Utusan Malaysia pada minggu lalu melaporkan berhubung kes tersebut, yang mana mangsa terkorban setelah satu objek disyaki bahan letupan yang dibungkus dalam sebuah bungkus meletup ketika cuba mengalihkannya di atas keretanya.

Siasatan awal polis di tempat kejadian menemui beberapa objek seperti peranti powerbank, serpihan pisau pemotong kertas dan bateri. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat