Meriah dan hangat

- Advertisement -

Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East anjuran Suria FM yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada Sabtu lalu berjaya mengumpulkan 15,000 pengunjung.

Walaupun tanpa tembakan bunga api seperti kebiasaan, sambutan ambang tahun baharu turut meriah dan hangat dengan kehadiran deretan artis popular yang tampil membuat persembahan.

Antaranya, Ziana Zain, Amir Masdi, Masdo, Floor 88, Geraldine dan ramai lain yang berjaya mencipta sorakan hebat daripada pengunjung setiap kali muncul di pentas konsert.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat berkolaborasi

dengan IOI City Mall Putrajaya bagi menjayakan konsert yang penuh gilang gemilang ini.

“Alhamdulillah, Suria FM selaku penganjur acara ini berbesar hati dapat berkolaborasi dengan pihak IOI City Mall Putrajaya dan menganjurkan Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East.

 

SEBAHAGIAN daripada 15,000 penonton Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East.
SEBAHAGIAN daripada 15,000 penonton Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East.

 

“Kami berjaya menjemput beberapa nama besar dalam industri muzik tanah air antaranya, Ziana Zain untuk turut terbabit sama dalam acara konsert kali ini,” katanya.

Tidak hanya itu, Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East turut menyaksikan tiga penyampai popular Suria FM yang menggalas tanggungjawab sebagai pengacara.

“Selain itu, kami turut membawakan tiga penyampai Suria FM iaitu Suraya, Shuib dan Rara untuk mengendalikan acara konsert itu di samping menghiburkan pengunjung dengan celoteh mereka,” katanya.

 

DJ Lin
DJ Lin

 

Berkampung di lokasi konsert sejak Khamis, Suria FM berharap konsert ini akan meninggalkan kenangan manis buat pengunjung terutama pendengar setia Suria FM.

“Kami di Suria FM sangat teruja sebab nak tinggalkan dan menutup tahun 2022 dengan kenangan indah bersama pendengar kami.

“Bukan sahaja dari Lembah Klang, saya juga dimaklumkan, ada ramai pengunjung yang hadir dari utara dan selatan tanah air untuk bersama-sama meraikan sambutan tahun baru di acara Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East ini,” katanya.

Selain acara konsert dan persembahan, pengunjung turut sama mengira turun detik sebelum bersama-sama menyorak ucapan

‘Selamat tahun baharu!’.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat