Ketahanan luar biasa

- Advertisement -

Memiliki peranti yang berkeupayaan skrin boleh lipat kelihatan trendy, moden dan versatil, namun tidak banyak pengeluar peranti yang menawarkan ketahanan skrin boleh lipat ini.

Pengguna boleh memilih sama ada peranti Samsung Galaxy Z Fold4 ataupun Galaxy Z Flip4 yang menawarkan kedua-dua keupayan skrin boleh lihat dengan ketahanan yang luar biasa.

Kedua-dua peranti itu sudah dinobatkan sebagai peranti skrin boleh lipat terbaik berada di pasaran ketika ini.

Bagi pengguna yang mungkin tidak mempunyai bajet terlalu tinggi, boleh melakukan pemilihan untuk Galaxy Z Flip4 atau pengguna yang mahukan keluasan skrin boleh memilih Galaxy Z Fold4.

Menyentuh soal spesifikasi untuk Galaxy Z Fold4, cip pemproses menggunakan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 binaan 4nm sesuai untuk peranti kelas merdu seperti Fold4.

Skrin bukaan penuh adalah 7.6 inci dengan paparan AMOLED 2X serta keupayaan 120Hz bersama kecerahan 1200 nits.

Peranti ini juga didatangkan dengan tetapan tiga lensa iaitu lensa utama 50 megapiksel (MP) bersama 10MP telefoto dan 12MP ultra lebar.

Jika sebelum ini, wujud persepsi berhubung ketahanan skrin lipat, namun beberapa ujian ketahanan yang dilaksanakan membuktikan bahawa kedua-dua ini berada pada kelasnya tersendiri.

 

PENGGUNA tidak perlu bimbang dengan ketahanan skrin lipat kerana ia sudah diuji ketahanannya. - FOTO Google
PENGGUNA tidak perlu bimbang dengan ketahanan skrin lipat kerana ia sudah diuji ketahanannya. – FOTO Google

 

Untuk Galaxy Z Flip4, peningkatan ketahanan untuk ‘Ultra Thin Glass’ yang digunakan Samsung bagi peranti ini juga tampak membuahkan hasil apabila ujian yang dilaksanakan mampu bertahan melebihi 200,000 dibuka serta ditutup tanpa menjejaskan permukaan skrin di kawasan lipatan.

Rekaan engsel dan bezel juga mengalami perubahan untuk siri Flip4 ini apabila Samsung mengecilkan saiz engsel berkenaan termasuk operasi buka tutup yang lebih padat.

Butang kuasa atau ‘power button’ serta pelarasan audio diletakkan di bahagian tepi bersama pengimbas jari fizikal, sekali gus memberikan rekaan yang kecil ketika peranti Flip4 ini dilipat.

Sesuai dengan pengguna pada hari ini yang mementingkan keupayaan audio, Galaxy Z Flip4 dilengkapi dengan sistem Dolby Atmos, sekali gus penghasilan setiap bunyi untuk kandungan video adalah jelas tanpa mengabaikan kepadatan bunyi bass.

Ciri khusus yang paling menarik perhatian dalam kepelbagaian tetingkap atau ‘Multi Window’ iaitu peranti diletakkan dalam posisi 90 darjah dan pengguna boleh melayari tetingkap lain di bahagian bawah sambil panggilan video di bahagian atas.

Inovasi berkenaan sangat membantu khususnya dalam arus teknologi pada masa kini apabila setiap urusan produktiviti boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Keupayaan cip pemproses daripada Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 juga jelas memberi keupayaan maksimum kepada peranti termasuk padanan memori (RAM) 8GB untuk melancarkan setiap aplikasi tanpa masalah.

 

 

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat