KUALA LUMPUR – Mesej-mesej lantang akar umbi UMNO mengundang pelbagai reaksi parti sekutu dan lawan.
Selain menolak Bersatu, menilai semula kerjasama dengan PAS dan juga menuntut pilihan raya umum (PRU) disegerakan, akar umbi UMNO turut tegas mahu ‘bersendirian’ pada PRU15.
Susulan itu, desakan-desakan keras UMNO Bahagian ini mencetuskan polemik dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Bendahari PAS Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam catatan di Twitternya mengingatkan episod kemusnahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) yang berlangsung pada 2018 dan ketika itu UMNO sememangnya berjuang solo tanpa kerjasama gabungan politik seperti mutakhir ini.
“Sebahagian orang dalam UMNO mengatakan mereka mahu bersendirian pada pilihan raya akan datang.
“Mungkin mereka lupa bahawa apa yang terjadi kepada mereka (UMNO) pada 2018.
“Sebilangan oranng gagal menyedari bencana menatap wajah mereka,” ciap Iskandar.