Lakonan bersahaja, dialog selamba

- Advertisement -

Hasil tinjauan saya di Internet, ramai yang meletakkan filem ini antara yang terbaik sepanjang tahun lalu.

Khairil M Bahar yang sinonim dengan penghasilan filem ‘indipendent’ atau indie dan filem pendek dikatakan berjaya memberikan yang terbaik dalam Kickflip selepas beberapa filem indie arahannya seperti Ciplak, Cuak dan Nicotine.

Pada 2016, Khairil mengarah filem komersial pertamanya, Showdown The Movie terbitan Primeworks Studios. Dia juga pemuzik dan pernah menganggotai band punk/alternatif rock, Y2K.

Mungkin keterlaluan untuk dikatakan ini filem terbaik sepanjang tahun lalu. Namun, saya menyukainya dan puas apabila menonton Kickflip.

Kickflip yang hampir keseluruhannya dipersembahkan dalam format hitam putih dan dialog dalam bahasa Inggeris dan Melayu mengetengahkan realiti terutama untuk golongan pertengahan.

 

PERMAINAN ‘skateboard’ sebagai mesej utama.
PERMAINAN ‘skateboard’ sebagai mesej utama.

 

Tidak ada fiksyen. Apa yang berlaku dalam kalangan kita, itu yang ada dalam Kickflip. Bagi yang tidak tahu, Kickflip adalah salah satu teknik dalam sukan papan selaju atau ‘skateboard’. Sebagai pemain ‘skateboard’ atau ‘skateboarder’ sama ada profesional atau amatur, mereka pasti berusaha untuk mahir melakukan teknik itu.

Setiap pemain ‘skateboard’ pasti akan jatuh. Tangan, kaki dan badan pasti akan sakit, luka atau lebam. Dan setiap kali jatuh, mereka akan bangun. Jatuh lagi dan akan bangun semula. Itu metaforanya dalam filem ini.

Kickflip adalah mengenai krisis pertengahan usia yang dialami Johan, 37, yang dilakonkan Khairil sendiri. Johan yang berkelulusan dari universiti luar negara terpaksa menerima pekerjaan sebagai eksekutif junior di sebuah agensi pengiklanan selain berdepan bos yang amat menjengkelkan.

Namun, dia perlu menghadap semua itu kerana isterinya hamil dan dia bakal menjadi bapa. Johan juga handal dalam bidang fotografi dan pernah memiliki studio fotografi, tetapi perniagaannya gulung tikar apabila ditipu rakan kongsinya.

Semuanya membuatkan Johan merasakan dia gagal dalam hidup. Situasi pekerjaan baharunya juga tidak membantu. Namun, semuanya berubah apabila dia bertemu Ali, remaja berusia 17 tahun yang kerap bermain ‘skateboard’ di parkir kereta di pejabatnya.

Johan juga adalah pemain ‘skateboard’ di zaman remajanya, tetapi aktiviti itu sudah lama ditinggalkan dan segala skil meluncur bersama ‘skateboard’ sudah ‘berkarat’!

 

ANTARA pelakon Kickflip.
ANTARA pelakon Kickflip.

 

Ali berjaya ‘mempengaruhi’ Johan untuk kembali bermain ‘skateboard’ yang sudah lama ditinggalkan. ‘Skateboard’ juga membuatkan Johan kembali aktif dalam bidang fotografi dengan mengambil gambar aksi Ali bermain ‘skateboard’.

Dalam erti kata lain, Ali berjaya ‘menceriakan’ kembali hidup Johan. Dalam masa sama, Johan juga banyak mendapat galakan daripada isteriya.

Saya menyukai filem ini kerana Khairil memberi suntikan realiti. Walaupun tidak mengetengahan pelakon komersial popular, tetapi pelakon dalam Kickflip cukup bersahaja terutama Amelia Chen, Syed Qodeem, Eva Emmanyna dan Khairil sendiri. Amelia cukup cemerlang sebagai Cynthia yang mungkin antara bos yang kita rasa nak bagi penampar!

Dialog dalam filem ini selamba dan tidak seperti kita melihat orang bercakap seperti sedang membaca. Walaupun hampir keseluruhan dialognya menggunakan bahasa Inggeris, tetapi itu yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Kita bercakap bahasa rojak tidak kira di mana!

ANTARA babak menarik dalam filem ini yang
ANTARA babak menarik dalam filem ini yang

 

Johan yang baharu bekerja dan ‘struggle’ dalam kehidupannya digambarkan hidup sederhana. Tinggal di rumah biasa dan menggunakan kereta Perodua Kelisa. Bukan seperti sesetengah drama atau filem yang menggambarkan eksekutif junior tinggal di rumah besar dan memandu kereta Audi atau Honda Accord.

Khairil juga bijak dalam mengadunkan mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini. Rasanya tidak ada filem atau drama tempatan yang mengetengahkan ‘skateboard’ sebagai mesej utamanya. Namun, Khairil berjaya melakukannya iaitu mengaitkan ‘skateboard’ dan teknik permainannya dalam kehidupan seharian.

Ini tidak menghairankan kerana saya difahamkan, Khairil juga memang bermain ‘skateboard’ ketika di zaman remajanya.

Secara keseluruhannya, filem ini mungkin biasa dari segi mesej yang ingin disampaikan, tetapi ia diolah dalam cara berbeza dan menarik.

Filem ini wajib ditonton. Bukan saja bagi sesiapa yang meminati ‘skateboard’ tetapi juga buat anda yang mahu kembali melakukan sesuatu yang anda minat dan mahir, tetapi sudah lama meninggalkannya.

Kickflip boleh ditonton di saluran Mubi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat