1,741 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Dilaporkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia telah merekodkan 1,741 kes baharu bagi penularan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 120,818 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat lapan kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi kes 22,089,” katanya ketika sidang media pada Isnin.

Bagi penularan mengikut negeri, Selangor hari ini mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan dengan pertambahan sebanyak 687 kes diikuti Sabah, 303 kes dan Johor sebanyak 295 kes.

Bagi kes kematian baharu, terdapat pertambahan tujuh kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 501 individu menurut Dr Noor Hisham.

Setakat ini, terdapat sebanyak 122 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh akibat COVID-19 mencatatkan pertambahan sebanyak 1,010 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 98,228 kes. – Awani

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat