SPR bagi lampu hijau PRN Sarawak, SOP lebih ketat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia jika Sarawak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada bila-bila masa dengan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ini termasuk semua kempen rumah ke rumah dan ceramah terbuka melibatkan orang ramai tidak dibenarkan sebaliknya ceramah hanya dilakukan menerusi dalam talian (online).
Memetik laporan Astro Awani, beliau menjelaskan, SOP ketat sama turut diguna pakai SPR bagi dua Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Gerik dan Bugaya pada 16 Januari depan.
“Ini adalah pendekatan yang baharu dan masyarakat perlu menerima hakikat bahawa kaedah itu berbeza ketika COVID-19 dengan pilihan raya sebelum ini,” katanya di Kuching.

Terdahulu, Abdul Ghani dan rombangan mengadakan pertemuan hampir satu jam kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dalam perkembangan sama, ditanya mengenai proses kempen dalam talian di kawasan luar bandar Sarawak yang tidak mempunyai capaian internet yang stabil, Abdul Ghani menjelaskan pihaknya sedang berbincang dengan operator perkhidmatan di kawasan-kawasan terjejas.

Katanya, perbincangan itu bagi memastikan proses kempen dalam talian berjalan lancar sekali gus para pengundi boleh mengikutinya menerusi media sosial setiap calon bertanding.
“Bagi kawasan yang tidak mendapat capaian internet memuaskan terutama di luar bandar Sarawak, kita berbincang dengan operator perkhidmatan termasuk Telekom Malaysia (TM) bagi memastikan capaian itu memuaskan,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat