PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang, dilaksanakan segera.

Beliau berkata sebagai kerajaan yang prihatin, beliau akan memastikan golongan itu mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

“Mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, saya telah mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.

“Pastinya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga termasuk dalam kumpulan masyarakat yang akan mendapat faedah daripada kenaikan itu. Saya akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan segera. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya bersempena Hari OKU Sedunia hari ini.

Pada Ogos lepas, Muhyiddin dilapor mengusulkan kenaikan bantuan bulanan tersebut dan usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.

Muhyiddin berkata golongan OKU adalah sebahagian daripada masyarakat yang sentiasa dekat dan diberi perhatian olehnya dan juga kerajaan.

“Saya sendiri telah beberapa kali turun menemui golongan ini sebagaimana ketika kunjungan saya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak serta PPR Taman Sri Keramat, Putatan, Sabah sebelum ini,” jelasnya.

Beliau berkata kerajaan melalui Kementarian Kewangan juga telah mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh membantu golongan tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2021 baru-baru ini, antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 kepada RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 kepada RM450 serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 kepada RM500.

Muhyiddin berkata mengikut rekod JKM, bilangan OKU berdaftar di Malaysia setakat ini ialah 581,265 orang dan beliau berharap kempen mendaftarkan golongan tersebut dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada yang tercicir dan tidak diberikan perhatian.

“Perkara ini sangat penting untuk menjamin golongan ini tidak terlepas daripada menerima bantuan kerajaan, terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik COVID-19.

“Saya doakan semoga golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat sama-sama berperanan dalam pembangunan negara. Selamat Hari OKU Sedunia 2020,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...