Gagal Tolak Belanjawan 2021, Amanah Gesa Pembangkang Berunding

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah menyeru kesemua fraksi oposisi daripada Amanah, PKR dan DAP (yang membentuk Pakatan Harapan) bersama Warisan, UPKO, PSB, MUDA dan Pejuang untuk kembali ke meja rundingan.

Hal ini bertujuan berbincang garis dan terma kerjasama baharu, sekaligus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kekuatan sebenar parti-parti pembangkang.

Seruan ini dilontarkan Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Katanya, kegagalan pembangkang dalam menolak belanjawan di peringkat jawatankuasa memberikan petunjuk bahawa segala yang pernah dikatakan sebelum langsung tidak menjadi kenyataan.

“Setakat hari ini, belum ada lagi mana-mana peruntukan kementerian yang mampu ditolak di peringkat jawatankuasa. Bahkan pada setiap sesi undi belah bahagi, Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang lainnya hanya mencapai lingkungan angka antara 95 ke 97 sahaja.

“Sungguhpun kegagalan ini memedihkan ketika rakyat umumnya meletakkan harapan besar agar belanjawan ini ditolak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau bagaimanapun, optimis bahawa momentum dan kekuatan baharu itu boleh dibina apabila semua parti pembangkang fokus dengan usaha mengalahkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang jelas tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu keperitan hidup akibat pandemik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat