Isu LCS: SPRM Akan Bertemu Raja Petra

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu penulis blog Raja Petra Kamarudin minggu depan berhubung dakwaannya mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhajaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawainya kini memerlukan sedikit masa lagi untuk lakukan persediaan sebelum berjumpa penulis blog berkenaan yang berada di luar negara.

“Kami akan tentukan masa, tarikh dan tempat dan perkara itu sedang dibincangkan untuk kami ambil kenyataan daripada beliau.

“Saya percaya, dalam minggu depan pegawai saya boleh berjumpa Raja Petra,” katanya lapor The Star.

Ketika ditanya mengapa pertemuan perlu dilakukan di luar negara, Azam memberitahu penulis berkenaan tidak dapat pulang ke Malaysia.

Raja Petra sebelum ini mendakwa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menerima wang sogokan berjumlah jutaan ringgit berkaitan projek LCS.

Beliau mendakwa, Presiden UMNO itu menerima wang berkenaan secara lapan pembayaran berperingkat antara 2012 dan 2013.

Penulis itu juga mendakwa, mempunyai dokumen dan bukti mengaitkan Zahid dengan skandal itu

Dakwaan itu dibuat Raja Petra melalui satu video yang disiarkan di blognya, Malaysia-Today pada Selasa lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat