CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan elaun khas kepada barisan hadapan (frontliners) pada perbentangan Belanjawan 2021.
Menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, pemberian elaun sebanyak RM1,000 adalah cadangan Puteri untuk Bajet 2021 yang akan dibentangkan nanti.
“Bagi menghargai pengorbanan pada barisan hadapan yang terdiri daripada petugas KKM, Polis, Tentera, dan semua penjawat awam yang terlibat.
“Kami mencadangkan elaun khas secara one-off sebanyak RM1,000 diberikan,” kata beliau dilaman facebooknya.
Disamping itu jelasnya lagi, jasa dan pengorbanan frontliners amat besar dalam usaha melawan penularan wabak Covid-19 dalam negara.
“Harap ada berita gembira kepada 1.6 juta penjawat awam yang akan diumum oleh Menteri Kewangan Jumaat nanti,
“Thank You fronliners,” katanya. -SuaraTV