Ekonomi Serba Tak Menentu, Burger King Bantu ‘Promosi’ Burger McDonald’s

- Advertisement -

Rangkaian makanan segera Burger King di United Kingdom telah mengambil langkah yang luar biasa: meminta pelanggan untuk memesan makanan dari McDonald’s dan juga beberapa restoran makanan segera yang lain.

Syarikat itu dalam satu kenyataannya di laman Twitter meminta peminat makanan segera mereka untuk menyokong dan membantu kedai makanan segera lain yang terkesan akibat wabak COVID-19.

“Kami tidak pernah menyangka kami akan meminta anda melakukan ini, tetapi restoran yang menggunakan ribuan kakitangan sangat memerlukan sokongan anda pada masa ini,” kata ciapan itu, yang menamakan KFC, Subway dan Domino’s Pizza, serta rangkaian makanan segera yang lain.

“Mendapatkan Whopper selalu terbaik, tetapi memesan Big Mac juga bukanlah perkara yang buruk.”

 

Industri hospitality di UK telah terkesan teruk dengan wabak, dan perintah berkurung yang dijadualkan berlaku Khamis ini di England akan memburukkan lagi keadaan, dengan beberapa restoran diperintah untuk tutup kecuali untuk membawa pulang atau penghantaran.

Bagaimanapun, ada sebahagian daripada pengguna yang mengkritik cara Burger King, kata mereka premis restoran yang layak dibantu bukanlah makanan segera, tetapi restoran tempatan yang tidak mempunyai pulangan keuntungan berbilion seperti Burger King.

Untuk rekod, Perdana Menteri Boris Johnson telah mengumumkan perintah lockdown kedua untuk England bagi mencegah “bencana dan moral” kumpulan barisan hadapan.

Pub, restoran, gimnasium dan kedai tidak penting harus ditutup selama empat minggu mulai Khamis ini. Manakala sekolah, kolej dan universiti boleh terus dibuka.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat