Subsidi RM400 juta atasi isu beras – Anwar

- Advertisement -

BENTONG – Kerajaan memperuntukkan hampir RM400 juta bagi memastikan harga beras tempatan tidak dinaikkan dan mencukupi untuk keperluan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan subsidi tambahan itu akan digunakan bagi menampung pembelian beras import oleh semua agensi dan jabatan kerajaan seperti kem tentera dan asrama-asrama sekolah.

Malah katanya, bagi Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai bekalan beras tempatan kerajaan memutuskan membayar subsidi bagi pembelian beras import oleh orang ramai dalam memastikan beras di dua negeri itu dijual tidak melebihi RM31 berbanding RM40 yang dijual pada masa ini.

“Keputusan hari ini, diberitahu kementerian kewangan kepada ‘central kontrak’ beli hanya beras import jangan beli beras tempatan untuk tentera polis dan jabatan kerajaan sekolah-sekolah asrama untuk mengurangkan tekanan keperluan beras dalam kalangan rakyat.

“Kita kata untuk semua tentera polis, jabatan kerajaan, saya tak ingat berapa tan tetapi lima peratus daripada jumlah bneras tempatan kita akan tolong beli dengan subsidi bagi pada mereka supaya lima peratus itu boleh di pulangkan ke pasaran, maknanya sudah berlebihan di pasaran.

“Sabah Sarawak tak ada beras tempatan semuanya import satu kampit sekarang sampai RM40 jadi saya kata tak apa untuk Sabah dan Sarawak yang guna beras import kita bagi subsidi supaya harga di sana tak lebih daripada RM31,” katanya ketika berucap pada program Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini hari ini.

Beliau memberitahu antara punca beras tempatan tidak mencukupi adalah kerana ramai pengguna beras import sebelum ini telah beralih kepada beras tempatan selepas harga beras import mengalami kenaikan.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan akan memastikan beras yang menjadi keperluan asas rakyat negara ini mencukupi dan dijual pada harga terkawal.

Katanya, dalam usaha itu beliau juga telah meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) lebih proaktif untuk menghantar bekalan beras di kawasan yang mengalami masalah kekurangan keperluan asas itu.

“Ini yang kita lakukan alhamdulillah ini yang kita putuskan, kita tengok bagaimana keadaan dia seminggu ini untuk kita kaji semula, saya bagitau Mohamad Sabu (Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan), seminggu buat ini tengok keadaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat