PM jumpa Agong hari ini minta bubar Parlimen segera?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen makin rancak diperkatakan selepas perkembangan terbaru daripada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu yang mahukan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada tahun ini.

Terbaru, aktivis dan blogger, Datuk Zaharin Mohd. Yassin menulis di hantaran Facebooknya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi meminta Parlimen dibubarkan segera.

“Khabar cerita, esok pagi (hari ini), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan diiringi oleh Datuk Seri Ahmad Maslan mewakili (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi akan pergi ke Istana Negara menghantar surat bagi meminta Parlimen di bubarkan segera,” tulisnya semalam.

Sementara itu, menurut laporan Utusan Malaysia, berdasarkan sumber Istana Negara, pihaknya masih belum menerima sebarang makluman berhubung kunjungan daripada Perdana Menteri.

“Selalunya Perdana Menteri akan deal terus dengan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong), kemudian baru kami diberitahu. Tetapi setakat ini belum ada apa-apa makluman lagi (tentang kunjungan dari Perdana Menteri),” kata sumber itu.

Dalam pada itu, difahamkan, Ismail Sabri dijangka mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya pada pukul 11 sehingga pukul 4 petang di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen, hari ini.

Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan berkaitan PRU-15.

author avatar
Zulaikha Zulkifli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat