Kuala Lumpur: Dua pelakon wanita iaitu Datin Fouziah Gous dan Datin Paduka Eina Azman terus berdiam diri untuk menjawab dakwaan ‘Datuk palsu’ yang dikaitkan dengan status gelaran dimiliki suami masing-masing.
Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua selebriti itu gagal apabila mesej dan panggilan telefon dibuat tidak dibalas serta dijawab oleh mereka.
Menerusi tinjauan Harian Metro di media sosial, Fouziah melalui perkongsian di Instagram Story kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak kerana mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya.
Difahamkan, isu berkenaan timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
