Kluster Baru Covid-19 Turun, Hanya Enam Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kluster baharu yang dilaporkan semakin menurun dengan enam kluster dicatatkan hari ini, yang melibatkan sebanyak 140 kes positif Covid-19.

Enam kluster tersebut terdiri daripada tiga kluster tempat kerja iaitu Kluster Kampung Pos Kelang di Raub, Pahang (25 kes), Kluster Taman Desa Wira di Kota Bharu dan Pasir Mas, Kelantan (15 kes) serta Kluster Parit Bengkok Tangkak di Tangkak, Johor (12 kes).

Tiga lagi kluster melibatkan tempat kerja iaitu Kluster Sawit Bera Selatan di Bera, Pahang (49 kes), Kluster Batu 11 Bukit Pasir di Muar, Johor (25 kes) dan Kluster Jalan Seneng di Bachok, Kelantan (14 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula kekal melepasi kes harian dengan 14,454 kes, menjadikan jumlah kes pulih daripada Covid-19 sebanyak 2,100,565 kes.

“Sebanyak 9,066 kes harian dilaporkan termasuk 12 kes import iaitu 159 kes (1.8 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 8,907 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 835 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 535 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat