Sultan Pahang lantik anak Najib Razak sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar yang baharu

KUANTAN – Sultan Pahang berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib sebagai Orang Besar Berempat Pahang dengan gelaran Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar.

Pelantikan itu disempurnakan pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, di sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Kesultanan Pahang, pelantikan Mohamad Nizar dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Orang Besar Berempat Pahang.

Institusi berkenaan mempunyai kedudukan penting dalam sejarah pemerintahan Kesultanan Pahang dan menjadi sebahagian daripada warisan adat serta kedaulatan negeri sejak turun-temurun.

Dalam titah baginda, Sultan Pahang mengingatkan bahawa institusi Orang Besar Negeri merupakan warisan pemerintahan Kesultanan Melayu Pahang yang melambangkan kedaulatan, kesetiaan dan kesinambungan adat istiadat negeri.

Baginda bertitah, pada masa dahulu, Orang Besar Negeri memainkan peranan membantu Sultan mentadbir jajahan, menjaga keamanan, menyelesaikan perselisihan dan mempertahankan kedaulatan negeri.

Walaupun sistem pentadbiran telah berubah, institusi berkenaan terus memainkan peranan penting sebagai penjunjung adat istiadat Kesultanan Pahang, pemelihara warisan negeri serta penghubung yang memperkukuh hubungan antara institusi diraja dengan rakyat.

Baginda turut menaruh keyakinan bahawa Mohamad Nizar akan memikul amanah tersebut dengan penuh integriti, menjunjung tinggi adat istiadat Kesultanan Pahang dan meneruskan legasi kepimpinan Orang Besar Berempat dalam mempertahankan maruah negeri serta berbakti kepada rakyat.

Mohamad Nizar merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau kini berkhidmat sebagai Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat