Que selami jiwa lelaki lembut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Biarpun bersikap selektif dalam memilih naskhah lakonan, namun nama Que Haidar tidak terpinggir apabila terus menjadi pilihan pengarah membintangi drama mahupun telefilem hebat.

Kemunculan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama), Anugerah Skrin TV3 menerusi drama Terlerai Takbir Kasih pada 2009 itu hanya sesekali muncul di kaca televisyen (TV), tetapi ia memberi impak dan lakonannya sering diingati.

Sekian lama tidak muncul, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar membintangi telefilem Pencipta Pegang Waktu yang disiarkan di TV3 pada Jumaat lalu.

Menerusi telefilem arahan Zainorhisyam Samudin itu, Que bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid, Khir Rahman dan Puteri Balqis.

Que berkata, prinsipnya yang selektif memilih sesebuah karya adalah satu perkara yang membuatnya selesa, biarpun kelibatnya jarang kelihatan di kaca TV.

“Saya memilih dalam menilai setiap naskhah drama mahupun telefilem. Lebih tepat, saya sebenarnya sangat memilih.

“Allah memilih seseorang sebagai individu yang berpengaruh tentu ada sebab mendalam. Bukan sekadar mencari rezeki dengan pengaruh dimiliki, tetapi ia daripada itu.

“Saya melihat tanggungjawab cukup untuk masyarakat. Ia termasuklah mendidik, mempengaruhi, menjadikan contoh baik untuk masyarakat dan industri hiburan,” katanya kepada BH Online.

Suami kepada Linda Jasmine itu berkata, ini kali kedua memegang watak lelaki lembut dan terbaharu menerusi telefilem Pencipta Pegang Waktu.

Que Haidar teruja dapat bergandingan dengan pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud menerusi telefilem Pencipta Pegang Waktu. - Foto IG Que Haidar
Que Haidar teruja dapat bergandingan dengan pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud menerusi telefilem Pencipta Pegang Waktu. – Foto IG Que Haidar

Bagaimanapun, katanya, percubaannya menerusi watak Zee itu lebih istimewa. Malah, lebih teruja apabila bergandingan dengan Fauziah atau Kak Ogy.

“Bagi saya, ia satu kenangan istimewa dapat bergandingan dengan primadona hebat itu. Dari kecil, saya membesar dengan lakonan Kak Ogy. Saya teruja berlakon bersamanya.

“Kalau ikutkan, ini kali kedua saya bergandingan dengannya. Cuma, drama yang kami berlakon bersama dahulu tak disiarkan. Saya sendiri tak tahu kenapa jadi begitu.

“Saya juga sudah dua kali berlakon di bawah arahan Kak Ogy. Untuk kali ini, saya bukan sahaja dapat berkongsi rasa, memberi gelaran baharu padanya iaitu Mama Sasa watak yang dipegang,” katanya.

Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2008 dan 2009 itu berkata, dia suka jalan cerita telefilem berkenaan. Malah, berkongsi idea bersama penulis skrip, Siti Jasmina Ibrahim.

“Hakikatnya, ada di kalangan kita yang suka menghukum tanpa tahu jalan cerita. Adatlah manusia, ada sisi buruk. Cuma, aib dilindungi atau tidak.

“Saya kenal ramai lelaki lembut seperti macam Zee. Lebih lagi, apabila menceburi dunia seni, tetapi golongan ini semuanya baik-baik.

“Saya cuba mengangkat jiwa, rasa dan doa mereka. Saya suka pendekatan Ustaz Ebit Lew dalam berdepan dengan golongan ini. Dia tidak menghina dan tidak menghukum, tetapi lebih kepada kasih sayang sesama manusia,” katanya yang turut mengadakan kelas lakonan secara persendirian atau anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat