Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Bunuh Diri Dalam Lokap Thailand

- Advertisement -

KANGAR – Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia semasa berada dalam lokap Polis Daerah Padang Besar, Sadao, Thailand, Jumaat lalu.

Lelaki yang berasal dari Padang Besar, Perlis itu ditemui pada pukul 1.30 petang waktu Thailand dan dipercayai membunuh diri menggunakan kain baju yang diikat pada jeriji sel lokap.

Dia yang berumur 34 tahun kemudian dibawa ke Hospital Padang Besar, Thailand dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu mayat lelaki itu telah dituntut oleh ibu kandungnya yang merupakan warga Thailand.

“Dia ditangkap polis Thailand atas kesalahan memiliki dadah dan masuk ke negara itu secara haram.

“Mayat lelaki itu telah dikebumikan di Thailand,” katanya di sini hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat