RMK13 diolah selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani yang mampu diterjemah- Amir Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan dibentangkan 31 Julai depan sedang dipastikan selari dengan hala tuju kerajaan dan Kerangka Ekonomi Madani.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang kini turut menggalas tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata, usaha menyelaras rancangan 5 tahun itu dengan prinsip Ekonomi Madani.

“Sekarang kita nak olahkan dan kita nak selaraskan dengan kementerian agar sejajar dengan Kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Amir Hamzah memberitahu, hal itu bertujuan memastikan setiap strategi dan perancangan yang digariskan bukan sekadar dokumen dasar, tetapi mampu diterjemah dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.

“Perbincangan yang diadakan dengan kementerian yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi telah banyak berjalan. Bila kita sampai ke tahap ini, kita kena pastikan yang apa yang kita keluarkan dalam RMK13 selari dengan hala tuju kerajaan sekarang.

“Kerajaan sekarang ada Kerangka Ekonomi Madani. Justeru, antara tugas saya adalah memastikan ia selari dengan Kerangka Ekonomi Madani,” katanya dalam rakaman Audio Siar Keluar Sekejap.

Bukan cuma itu, Amir Hamzah berkata, kejayaan pelaksanaan RMK13 kelak juga banyak bergantung kepada sambutan dan komitmen kementerian selaku agensi pelaksana.

“Penyelarasan dengan pihak kementerian amat penting bagi memastikan rancangan tidak sekadar menjadi pelan di atas kertas.

“Kalau kementerian tidak sambut dengan baik, RMK13 hanya akan jadi pelan atas meja. Kita tidak mahu itu berlaku.

Untuk rekod, Amir Hamzah menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun lalu, selepas gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Menurut Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula inti pati naskhah RMK13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025.

Ini termasuk mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat