Enam Daripada Tujuh Mesin Pengimbas Kastam di KLIA Dibaik Pulih Hari Ini – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerosakan enam daripada tujuh mesin pengimbas milik Jabatan Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan mula dibaik pulih hari ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata pembaikan itu membabitkan kos lebih RM1 juta dan kementerian tidak mempunyai halangan untuk meluluskan sebarang baik pulih yang dikemukakan daripada mana-mana agensi atau jabatan setakat ini.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Integriti Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) dengan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) dan Regional Office for Capacity Building (ROCB) di Bukit Baru, Melaka yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kastam Zazuli Johan.

Sementara itu, Zazuli berkata kawalan agensi berkenaan di KLIA tidak hanya bergantung kepada mesin pengimbas semata-mata, malah beberapa cara turut digunakan kastam dalam melindungi keselamatan di pintu masuk utama negara.

Beliau berkata antara kaedah digunakan ialah pemerhatian pegawai di lapangan terbang terhadap kehadiran penumpang yang baru tiba dari mana-mana negara di lapangan berkenaan, lapor Bernama pada Isnin.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kecewa apabila lawatan mengejutnya ke KLIA semalam mendapati hanya satu daripada tujuh mesin pengimbas kastam beroperasi.

Anwar berkata beliau difahamkan mesin itu rosak sejak tahun lalu dan seharusnya digantikan segera memandangkan keperluan mendesak di pintu masuk negara seperti lapangan terbang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat