KUALA LUMPUR – PKR didakwa bukan lagi parti reformasi namun kini lubuk oportunis.
Bahkan jika Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengawal keadaaan PKR akan naik dua tingkat lagi daripada reformasi kepada lubuk emas dan kini kepada parti maha kaya.
Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi tidak mungkin Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar Umno hanya untuk menjadi ahli PKR sahaja.
“Tidak ada alasan meyakinkan oleh Zafrul kenapa dia keluar Umno. Tidak mungkin setakat mahu menjadi ahli PKR sahaja?
“Nampaknya hujah (Datuk Seri) Rafizi semasa dia kempen HIRUK jadi kenyataan. PKR bukan lagi parti reformasi. PKR lubuk oportunis. Kenapa begitu? Kerana PKR lubuk emas dan opportunity.
“Kalau Anwar gagal kawal keadaan, PKR akan naik dua tingkat lagi. Daripada reformasi kepada lubuk emas dan kini kepada parti maha kaya. Sudah tersebar nama individu “maha kaya” diperkatakan dalam “market”, dakwa Puad.
Dalam perkembangan sama, Speaker DUN Johor itu menegaskan, PKR sokong Akta Anti Lompat Parti, tetapi terima orang lompat parti.
“Runding senyap senyap ikut pintu belakang. Sudahlah itu curi daripada parti kawan. Senator pun, MP juga.
“Enam MP Bersatu yang mengalih sokongan kepada PMX tidak lompat parti.
“Isu mereka hanya peruntukan pembangunan. Kalau mahu tanding lagi kena jadi calon bebas. Bersatu memang parti lawan,” kata Puad.