Pernah lalui sejarah hitam, Umno hanya timbang kerjasama dengan GRS lepas PRN – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Sabah menegaskan hanya akan menimbangkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sejarah hitam yang pernah dilalui Umno Sabah ketika bersama GRS sebelum ini menyebabkannya perlu menilai secara teliti sebarang kerjasama dengan gabungan itu.

Katanya, perkara itu membuatkan Umno Sabah lebih berhati-hati menjalin kerjasama politik, khususnya dengan GRS dalam menghadapi PRN17 bagi mengelak dikhianati sekali lagi.

“Umno Sabah bukan enggan bekerjasama dengan GRS, tetapi kita melalui sejarah hitam dan pahit bersama GRS.

“Untuk bekerjasama sekali lagi, Umno Sabah perlu berhati-hati dan kami akan menilai sejauh mana keikhlasan mereka.

“Ada pepatah orang tua dulu menyatakan jangan lagi kita dipatuk ular sama buat kali kedua. Soal kerjasama, Umno akan pertimbangkan selepas pilihan raya nanti,” lapor BH di Kota Kinabalu pada Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Kota Kinabalu, Mosliati Muslimin yang mengatakan tiada lagi ruang kerjasama politik dengan GRS atau Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

EXCO Wanita Umno itu berkata, keputusan itu dibuat kerana Umno bukan parti pelengkap yang boleh digunakan sebagai alat politik dan diperdaya dengan janji palsu oleh rakan gabungan sebelum ini.

Beliau berkata, sejarah kerjasama Umno dengan GRS pada PRN16 September 2020 memperlihatkan pengkhianatan terhadap parti itu selepas menyumbang kemenangan dan pembentukan kerajaan baharu negeri.

Katanya, ketika itu Bung Moktar dijanjikan portfolio Menteri Kerja Raya dalam Kabinet negeri diketuai Datuk Seri Hajiji Noor, selaku Ketua Menteri, namun ditukar secara sepihak kepada protfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan tanpa sebarang alasan rasional.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, sebelum ini sudah beberapa kali menjelaskan pendirian beliau tidak mahu bekerjasama semula dengan GRS.

Malah, beliau sebelum ini mengumumkan kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah walaupun perkara itu belum diputuskan secara rasmi oleh kepemimpinan tertinggi kedua-dua gabungan, sebelum kemudiannya kerjasama itu dijelaskan secara rasmi menerusi kenyataan bersama pemimpin BN dan PH Pusat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat